Sarjana Psikologi Klinikal


Pengenalan

Psikologi klinikal merupakan satu bidang psikologi yang mengaplikasikan pendekatan psikologi di dalam pencegahan, penilaian, pendiagnosan dan rawatan kecelaruan psikologi, serta juga masalah emosi, pembelajaran dan tingkah laku yang memberi kesan kepada kefungsisan hidup seharian dan kehidupan sosial. Pengamal profesional psikologi klinikal adalah dipanggil Psikologis Klinikal.

Psikologis Klinikal bekerja di hospital (umum, psikiatri, rehabilitasi), di klinik pesakit luar (komuniti, perkhidmatan pakar psikologi), perkhidmatan kurang upaya (intelektual dan fizikal), perkhidmatan kebajikan di komuniti, organisasi bukan kerajaan, perkhidmatan undang-undang, institusi pengajian dan amalan persendirian/perundingan.

Pekerjaan seorang psikologis klinikal termasuk penilaian dan diagnosis; intervensi psikologi, pengajaran dan penyeliaan; perundingan dan pembinaan program; pentadbiran dan pengurusan; penyelidikan dan penaksiran, dan juga pembentuk polisi dan perundangan.

Program Sarjana Psikologi Klinikal sepenuh masa selama dua tahun pengajian adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat di negara ini.

Syarat Masuk

Calon-calon yang memohon untuk mengikuti program ini mestilah mematuhi syarat-syarat kemasukan seperti berikut:

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan kredit dalam Bahasa Bahasa Melayu atau kepujian dalam Bahasa Malayu kertas Julai; dan
  • Mempunyai Ijazah Sarjanamuda dalam bidang psikologi (dengan nilai PNGK tidak kurang daripada 3.00) dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau kelulusan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat; atau
  • Mempunyai Diploma Siswazah dalam bidang Psikologi atau Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat; dan
  • Lulus ujian temuduga serta ujian aptitud yang dilaksanakan oleh pihak program; dan
  • Pemohon antarabangsa perlu lulus ujian Bahasa Inggeris dengan markah minima (TOEFL 580/ TOEFL-CBT 230/TOEFL-IBT 88 ATAU aras minima IELTS 6.5).

Ijazah Ditawarkan | Permohonan | Yuran Pengajian | Pusat Pengurusan Siswazah | Iklan | Pertanyaan